:D

:D
handsome guys makes me falls in love

Sabtu, 11 Jun 2011

Pencemaran Udara ( please take attention ) // Air Pollution

Pencemaran Udara


Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.
_________________________________________________________________________________


Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
  • Pencemaran Udara PrimerPenghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
    Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

  • Pencemaran Udara SekunderPencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.
    Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

Jenis-jenis Bahan Pencemar
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :
  • Sulfur dioksida
  • Karbon monoksida
  • Nitrogen dioksida dan ozon
  • Alergen
  • Plumbum dan logam-logam lain
Punca Pencemaran
Pencemaran udara boleh berpunca daripada :
  • Pelepasan asap kenderaan
  • Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/ simen/ bateri kereata
  • Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
  • Pembakaran hutan
  • Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
  • Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
  • Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok
Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran udara :
  • Kesihatan terjejas
  • Pertanian yang tidak produktif
  • Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
  • Mengotorkan persekitaran - habuk
Sumber :
  • Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam, Jasiman Ahmad, Eddiplex Sdn. Bhd. 1996
  • Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda, Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris, Penerbit Mikamas, 1996

Tiada ulasan:

Catat Ulasan